Hidupan yang ada di
muka Bumi saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem. Haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam suatu habitat yang
sama berhubung antara satu sama lain.
Sebagai contoh,
hubungan makanan antara hidupan seperti pemangsa dan mangsa merupakan interaksi
yang berlaku antara hidupan.
Jika kita lihat di sekeliling kita, alam
dunia ini bukan sahaja dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja.
Terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang berkongsi Bumi kita ini. Bumi
merupakan satu – satunya planet yang boleh dihuni oleh hidupan kerana ia
mempunyai air dan udara.
Dari yang sebesar – besar ikan paus yang
hidup di lautan dan sekecil – kecil virus yang tidak boleh dilihat oleh mata
kasar. Mikroorganisma merupakan hidupan yang seni dan halus. Memerlukan kanta
pembesar dan mikroskop elektron untuk mengkaji mikroorganisma ini.
Dalam tajuk mikroorganisma ini, kita akan melihat
jenis sehinggalah fungsi mikroorganisam itu dalam kehidupan kita. Bagaimana
hidupan sekecil – kecil ini boleh mempengaruhi hidupan lain. Berikut merupakan
tajuk yang dibincangkan dalam topik MIKROORGANISMA. MIKROORGANISMA – Jenis MIKROORGANISMA – Proses Hidup MIKROORGANISMA – Faktor Pertumbuhan Selamat membaca!
Mikroorganisma
memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan
tersebut ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai,
kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).
Faktor
– faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada
suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.
SUHU YANG SESUAI
Setiap
spesies mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk bertumbuh. Suhu yang
sesuai atau dipanggil sebagai suhu
optimum pertumbuhan adalah berbeza – beza mengikut spesies mikroorganisma. Kebanyakan suhu optimum pertumbuhan bagi mikoorganisma
(kadar pertumbuhan mikroorganisma paling cepat) adalah antara julat 20°C hingga 50°C. Rujukan di sini, midlandstech, dan di sini, textbookofbacteriology.
KEHADIRAN UDARA
Mikroorganisma
memerlukan udara sama ada untuk menjalankan proses respirasi (pernafasan) bagi
menjana tenaga, untuk menyebarkan spora atau medium untuk berpindah dari satu
perumah ke perumah yang lain.
Keadaan keasidan
makanan penting untuk pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Keasidan diukur
atau dikenali sebagai skala pH yang julatnya antara 0 hingga 14, di mana pH 7.0
adalah neutral, pH kurang dari 7.0 adalah berasid dan pH lebih dari 7.0 adalah
beralkali.
(‘The acidity of a food is also important for
bacterial growth. Acidity is measured using what is known as the pH scale which
goes from 0 to14, where pH 7.0 is neutral, a pH less than 7 is acidic and a pH
greater than 7.0 is basic or alkaline.’)
Makanan yang
mempunyai pH hampir dengan 7.0 adalah sangat ideal bagi pertumbuhan
mikroorganisma (bakteria). Setiap mikroorganisma mempunyai pH pertumbuhan
minimum, optimum dan maksimum. Julat pertumbuhan optimum adalah 6.0 hingga 7.5,
tetapi pertumbuhan boleh berlaku perlahan pada paras pH yang lebih rendah atau
lebih tinggi. pH pada 4.6 dan di bawah atau pada pH melebihi 11 akan mencegah
pertumbuhan patogen (mikroorganisma membawa kerosakan).
(‘Foods with a pH close to 7.0 are ideal for
most bacterial growth. Every microorganism has a minimum, optimum and maximum
pH for growth. The optimum growth range is about 6.0 to 7.5, but growth can
occur slowly at lower or higher pH levels. A pH of 4.6 and below or a pH above
11 will prevent pathogen growth.’)
Bakteria
mengandungi 80 hingga 90 peratus air. Jadi ia merlukan air untuk terus hidup.
(‘Bacteria are about 80 to 90 percent water.’)
Rujukan
: scienceclarified Semua
mikroorganisma (bakteria) memerlukan kelembapan atau air untuk bertumbuh dan
membiak. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan air untuk mendapatkan makanan dan
untuk menyingkirkan bahan kumuh.
(‘All bacteria need moisture, or water, in a
"useable" or "available" form to grow and reproduce.
Bacteria use the water to take in food and to remove unwanted waste products.’)
Makanan merupakan
keperluan penting bagi SEMUA organisma termasuk mikroorganisma. Mikroorganisma
(bakteria) memerlukan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk
bertumbuh.
(‘Food is essential for ALL living organisms.
Bacteria need protein, carbohydrates, vitamins and minerals - just like we do.’)
Rujukan
: seafoodhaccp Sila
lihat video di bawah untuk melihat pertumbuhan dari beberapa spesies mukor.
Sila
lihat video di bawah bagaimana untuk membiak bakteria (mikroorganisma). Bakteria
ada di mana – mana.
Mikroorganisma merupakan benda hidup. Benda hidup
perlu menjalani proses hidup. Antara proses hidup adalah seperti dalam peta
bulatan (peta i-think) di bawah.
Proses hidup
dalam Sains tahun 6 ialah, mikroorganisma bergerak, bernafas dan bertumbuh.
Lihat
peta pokok (peta i-think) di bawah.
MIKROORGANISMA BERGERAK
Sila lihat video ini untuk lebih memahami berkenaan
mikroorganisma bergerak. Dilhat di bawah
mikroskop berkuasa tinggi. Contoh 1 : Paramecium bergerak dengan menggunakan
struktur yang dikenali sebagai silia (‘Cilia’)
yang terdapat di sekeliling mikroorganisma tersebut.
Contoh 2 : Ameba bergerak dengan menggunakan pseudopod.
Contoh 3 : Euglena dan Chlamydomonas bergerak dengan
menggunakan struktur yang dikenali sebagai flagela.
MIKROORGANISMA BERNAFAS
Sila
lihat video ini untuk lebih memahami berkenaan mikroorganisma bernafas.
Yis merupakan benda hidup yang mengurai
substrak (gula dan air) dan menghasilkan gas karbon dioksida.
(‘The
yeast in this experiment consists of living organisms that break down
(decompose) the substrate (sugar and water) and produce carbon dioxide gas.’)
Anda boleh melihat bukti (penghasilan
gas karbon dioksida) bagaimana mikroorganisma ‘makan’, di mana mikroorganisma
memecahkan struktur sumber makanan (dalam ekspreriman ini ialah gula) yang
membekalkan mikoorganisma ini tenaga untuk sistem mereka.
(‘You can see
evidence (the carbon dioxide) of them "eating", which is how they
break down food sources (in this case sugar) that provide energy for their tiny
systems.’) MIKROORGANISMA BERTUMBUH
Mikroorganisma
memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan tersebut
ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai,
kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).
Faktor
– faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada
suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.
Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format,
Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan,
Sains, Matematik, Science, Mathematics BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017
Didorong dengan kejayaan penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Sains yang
diadakan pada 10.04.16, NKW (Naimo Kidz
Worshop), kali ini menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab yang melibatkan subjek
Sains dan Matematik. Sesi ceramah bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu
Sharifah Aziah, manakala sesi ceramah Matematik disampaikan oleh Cikgu Wan,
dijemput khas dari Perak, hasil ‘recommendation’
Cikgu Shahril.
Diadakan pada 23.07.16 bersamaan hari Sabtu, bengkel ini mengambil tempat
yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya
mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains
pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.
Dengan promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut
diadakan. Dengan sokongan penceramah sendiri yang menghasilkan ‘banner’ sendiri, benar – benar membantu
dalam mendapatkan peserta untuk program kali ini. Menggunakan aplikasi wassap,
blogspot, dan facebook, bengkel ini berjaya mendaftarkan peserta ‘hampir penuh
dewan’.... Alhamdulillah.
Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pengiraan budget program dan
aturcara, perancangan dan sehinggalah promosi. Kebanyakan peserta terdiri
daripada murid dan guru. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekitar Kuala
Lumpur.
Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang
disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah
Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah
Aziah
Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan
NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima
kasih Ani, Yussalina, Wazli dan Intan.
Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember
nanti yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Blog ini dibuat bagi memperbanyakkan lagi rujukan Sains secara atas talian bagi pelajar - pelajar sekolah dan juga guru. Topik - topik yang ada merangkumi topik - topik sukatan pembelajaran di sekolah. Kandungan blog ini lebih kepada kompilasi maklumat samaada artikel mahupun video untuk memberikan lebih kefahaman. Ia diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja untuk memahami Sains.
Saya merupakan seorang pendidik dalam bidang Sains di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Pernah bercuti panjang ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2010, di Dundee Scotland untuk menimba pengalaman.Redha, sentiasa memaafkan, bersyukur dengan ni'mat dikurniakan dan sabar dalam menghadapi segala perkara menjadi pegangan hidup.
Buat sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh selagi mana ia betul dan memberi kebaikan. Selagi kudrat ini kuat untuk melaksanakan sendiri sesuatu perkara, lakukannya sendiri.