Memaparkan catatan dengan label Sains UPSR Bengkel Seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains UPSR Bengkel Seminar. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2021

KELAS BIMBINGAN TUISYEN CIKGU AZMI SAINS DAN MATEMATIK (Sekolah Rendah)

KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SEKOLAH, RENDAH, KEBANGSAAN, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, SKOR, A, A, CEMERLANG, BERJAYA, MARKAH, PERATUS, 100%, 4, 5, 6, TAHUN 4, DARJAH 4, TAHUN 5, DARJAH 5, TAHUN 6, TAHUN 2021, 2021, TAHUN 2021, TAHUN 2021, TAHUN ENAM, DARJAH 6, PBD, PBD 2021, KSSR, DSKP, KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN, KSSR SEMAKAN, ONLINE, ATAS TALIAN, DALAM TALIAN, INTERNET, DIGITAL, MAYA, MEET, GOOGLE MEET



JANGAN LEPASKAN PELUANG... BERTINDAK SEKARANG. BELAJAR TETAP BELAJAR.

Isnin, 11 Jun 2018

BENGKEL 'BEST' NYA SAINS DAN MATEMATIK anjuran NKW – Ogos 2018

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Matematik, Format, Baharu, UPSR, 2018, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, modul, ujian, latihan, buku, didik, berita, Harian, kontruks, topik, tips, tip, markah, pecutan, cemerlang, kecemerlangan, mudah, skima, skema, skor, A, calon, calon UPSR 2018, 2018, KSSR, Science, Mathematics, tahun 5, tahun 4, 5, 4, lima, empat, bestnya Sains, bestnya Matematik, tahun 6, year 6, 6, six, Ogos, August, 05, 08, 5, lapan, lima, 05 August 2018, 05 Ogos 2018, 05.08.18, Ahad, Sunday, soalan ramalan, soalan, ramalan

KINI KEMBALI !!!



Jangan lepas peluang ini untuk mengetahui tip – tip terkini dan skor Kertas Sains dan Matematik UPSR anda!!!

Ahad, 20 Ogos 2017

BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik kali keempat

Produk Baru : BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017, Anjuran NKW Bengkel yang keempat

Alhamdulillah, NKW terus diberikan kekuatan untuk terus mengadakan Bengkel Teknik Menjawab mata pelajaran Sains dan Matematik.

Tidak dinafikan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik menjadi mata pelajaran ibarat 'gunting dalam lipatan' atau 'killer paper' yang menjadi penghalang kepada murid untuk mendapat keputusan 'straight A' dalam UPSR.

Atas dorongan motivasi untuk terus membantu anak - anak murid, calon - calon UPSR 2017, maka NKW menganjurkan BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017. Mengapa nama pecutan terakhir... kerana bengkel ini diadakan 3 minggu sebelum UPSR bermula pada 11 September 2017

Bengkel teknik menjawab ini berjaya diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan penceramah yang pertama kali dijemput iaitu Tuan Syed Nizam, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Seperti biasa, promosi diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.



Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah




Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Tuan Syed Nizam

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina, Rodiah dan Catering Matun (terbaik masakannya).

*Dalam satu hari, ada dua program yang berjalan serentak, namun terima kasih Yus, Ani dan Rod kerana membantu dan merealisasikan bengkel ini. Kebaikan kalian hanya Allah yang membalasnya.

***NKW juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana - mana pihak dalam penganjuran bengkel, seminar dan ceramah UPSR. Sila hubungi En. Azmi di talian 013-2795903; wassap/telegram pun boleh.

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik kali ketiga

Penjenamaan Semula : BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik Mac 2017, Anjuran NKW Bengkel yang ketiga

Projek ini dirancang untuk diadakan pada Bulan Disember 2016 iaitu pada 3 Disember 2016. Namun atas sebab - sebab kurang promosi dan banner yang kurang viral, bengkel itu ditangguhkan pada bulan Mac 2017.

Dengan penjenamaan semula nama, maka produk/bengkel awal tahun anjuran NKW ini dikenali sebagai BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik. Berjaya diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan  Cikgu Wan, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.




Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani dan Yussalina.

Isnin, 24 April 2017

Bengkel dan Seminar bagi Matapelajaran Sains Sekolah Rendah

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2016, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, tips, cemerlang, kecemerlangan, skor, A, calon, calon UPSR 2017, 2017, Science, tahun 5, tahun 4, 5, 4, lima, empat, tahun 6, year 6, 6, six

√ Cikgu Azmi berpengalaman mengajar selama 14 tahun di sekolah rendah.

√ Cikgu Azmi terus diberi kepercayaan untuk mengajar tahun 6, calon – calon UPSR dan berpengalaman mengajar matapelajaran Sains tahun 6 selama 12 tahun.
 
√ Cikgu Azmi sentiasa menimba ilmu dengan beberapa guru – guru berpengalaman dalam mengajar matapelajaran Sains Sekolah Rendah dan bergaul dengan guru – guru yang sedang dan pernah menjadi penanda Kertas Sains UPSR.

√ Sangat berminat dalam perkongsian ilmu dan pengendalian bengkel – bengkel dan seminar terutamanya dalam teknik – teknik menjawab Kertas Soalan Sains UPSR.

√ Berpengalaman dan berkebolehan dalam mengendalikan bengkel dan seminar di peringkat sekolah.

√ Berpengalaman mengendalikan tuisyen persendirian selama 14 tahun dan Kelas Bimbingan Cikgu Azmi (KBCA) berjaya membantu murid – murid mengubah gred daripada tidak cemerlang kepada cemerlang. Berjaya membantu murid – murid tuisyen Cikgu Azmi mencapai apa yang diimpikan.

√ Cikgu Azmi mulai aktif dan bersedia untuk berkongsi ilmu yang ada dengan mana – mana pihak yang berhasrat ingin mengadakan bengkel dan seminar bagi matapelajaran Sains untuk murid – murid tahap dua dan calon – calon UPSR.

√ Cikgu Azmi diberi kepercayaan dan sudah mula beberapa kali mengendalikan bengkel dan seminar bagi calon – calon UPSR bagi matapelajaran Sains.

√ Mengenengahkan Kaedah Tangan dalam membantu murid menjawab soalan KPS (K2 Sains UPSR) dan juga 'Mnemonik Sains' dan Kaedah Gaya Badan membantu murid menjawab soalan Kertas 1 dan 2 Sains UPSR.

√ Cikgu Azmi boleh dihubungi di talian 013 – 2795903 atau email : naimoiman@gmail.com jika ada pihak yang ingin mendapatkan khidmat Cikgu Azmi sebagai fasilitator atau tutor dalam bengkel atau seminar Sains UPSR.

√ Cikgu Azmi sedia membantu murid mencapai apa yang diimpikan.

TAHUN 2020

PENCERAMAH BENGKEL PENGENALAN KERTAS SAINS UPSR - TEKNIK MENGINGAT dan MENJAWAB menggunakan Kaedah Nota Bijak Sains MNEMONIK, Kaedah Nota Bijak Sains BERGAMBAR dan Kaedah Tangan Menjawab soalan KPS di SK Taman Kosas pada 26 Feb 2020 (Rabu).




TAHUN 2019

PENCERAMAH BENGKEL PENGENALAN KERTAS SAINS UPSR - TEKNIK MENGINGAT dan MENJAWAB menggunakan Kaedah Nota Bijak Sains MNEMONIK, Kaedah Nota Bijak Sains BERGAMBAR dan Kaedah Tangan Menjawab soalan KPS di Khalifah Model School, Ampang pada 18 Disember 2019 (Rabu). Semoga perkongsian membawa sejuta manfaat untuk anak - anak KMS, InsyaAllah.



PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS - TEKNIK MENGINGAT dan MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway, Hulu Langat pada 28 Ogos 2019 (Rabu)... berkongsi kegembiraan, 100% Mencapai Tahap Minimum Mata Pelajaran Sains, Tahniah diucapkan.

PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS - TEKNIK MENGINGAT dan MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat pada 17 Julai 2019 (Rabu)



PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS - TEKNIK MENGINGAT dan MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Sekolah Rendah Integrasi PINTAR, Saujana Utama, Sg Buloh pada 25 Jun 2019 (Selasa)



PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS - TEKNIK MENGINGAT DAN MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Sekolah Rendah Islam Integrasi ILMI, Taman Rasmi Jaya, Ampang pada 20 April 2019 (Sabtu)




PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS - TEKNIK MENGINGAT DAN  MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di SK Putrajaya Presint 8 (2) pada 25 Mac 2019 (Isnin)

TAHUN 2018

PENCERAMAH, BENGKEL PENGENALAN MATAPELAJARAN SAINS UPSR - TEKNIK MENGINGAT DAN  MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Khalifah Model School, Ampang pada 18 Disember 2018 (Selasa)

PENCERAMAH DAN FASILITATOR, BENGKEL SAINS UPSR - TEKNIK MENGINGAT DAN MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Sekolah Rendah Integrasi ILMI, Taman Rasmi Jaya, Ampang pada 11 Ogos 2018 (Sabtu)

PENCERAMAH DAN FASILITATOR, BENGKEL SAINS UPSR - FORMAT DAN TEKNIK MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di SK (1) Taman Selayang, Kuala Lumpur pada 21 April 2018 (Sabtu)

PENCERAMAH, CERAMAH SAINS UPSR - FORMAT DAN TEKNIK MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di SK Sg. Tiram, Manjung, Perak pada 14 April 2018 (Sabtu)

PENCERAMAH, BENGKEL SAINS UPSR - FORMAT DAN TEKNIK MENJAWAB menggunakan kaedah mnemonik dan kaedah tangan di Rizq Islamic School, Kajang pada 31 March 2018 (Sabtu)

TAHUN 2017

Penceramah Jemputan Pengenalan kepada Mata Pelajaran Sains UPSR di Khalifah Model School, Ampang, Teknik Mnemonik dan Kaedah Tangan (soalan - soalan Kemahiran Proses Sains KPS) pada 21 Disember 2017 (Khamis)



Penceramah Jemputan di Khalifah Model School, Teknik Mnemonik, Kaedah Tangan (soalan - soalan Kemahiran Proses Sains KPS) dan Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR pada 10 Ogos 2017 (Khamis)

Berkongsi ilmu, memberi ceramah dan berbengkel SAINS UPSR (kali ke 2) kepada murid tahun 6, di SRI ILMI Ampang pada 29 Julai 2017 (Sabtu).



Berbengkel Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR di Pusat Pengajian Al Quran Elkhozandaroh, Kajang pada 7 Mei 2017 (Ahad)


BENGKEL UPSR Mastery (Sains UPSR tip dan teknik), berkongsi ilmu bersama para tutor di Ad'deen Educentre, Putra Heights, 6 Mei 2017 (Sabtu)

Berkongsi ilmu, berbengkel SAINS UPSR di SK Ulu Beranang kepada calon - calon UPSR pada 15 April 2017 (Sabtu)

Berkongsi ilmu dan memberi ceramah SAINS UPSR kepada murid tahap 2 di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bahru, pada 19 Mac 2017 (Ahad) anjuran Transform Training and Consultancy.

Berkongsi ilmu, memberi ceramah dan berbengkel SAINS UPSR kepada murid tahun 6, di SRI ILMI Ampang pada 4 Mac 2017 (Sabtu).


Tahun 2016

Pada tahun 2016, Cikgu Azmi menjadi pengajar di SK Seremban Jaya 2 setiap hari Sabtu 2 minggu sekali. Mencurah segala ilmu dan kemahiran yang ada.


Sabtu, 12 November 2016

Bengkel Teknik Menjawab Sains dan Matematik 2016 : Yang Kedua Anjuran NKW

Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan, Sains, Matematik, Science, Mathematics

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017


Didorong dengan kejayaan penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Sains yang diadakan pada 10.04.16,  NKW (Naimo Kidz Worshop), kali ini menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab yang melibatkan subjek Sains dan Matematik. Sesi ceramah bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah, manakala sesi ceramah Matematik disampaikan oleh Cikgu Wan, dijemput khas dari Perak, hasil ‘recommendation’ Cikgu Shahril.

Diadakan pada 23.07.16 bersamaan hari Sabtu, bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Dengan promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Dengan sokongan penceramah sendiri yang menghasilkan ‘banner’ sendiri, benar – benar membantu dalam mendapatkan peserta untuk program kali ini. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, bengkel ini berjaya mendaftarkan peserta ‘hampir penuh dewan’.... Alhamdulillah.

Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pengiraan budget program dan aturcara, perancangan dan sehinggalah promosi. Kebanyakan peserta terdiri daripada murid dan guru. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekitar Kuala Lumpur.


Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina, Wazli dan Intan.

Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember nanti yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 15 Oktober 2016

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Matematik, Format, Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, modul, ujian, latihan, buku, didik, berita, Harian, kontruks, topik, tips, markah, pecutan, cemerlang, kecemerlangan, mudah, skima, skema, skor, A, calon, calon UPSR 2017, 2017, KSSR, Science, Mathematics, tahun 5, tahun 4, 5, 6, lima, empat, enam, 2017, Sedia sebelum bermula, mula, sedia, tahun 6, year 6, six, Mac, 25, Mac, dua puluh lima, dua, puluh, lima, 25 Mac 2017

BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik' - Mac 2017


KELAS BIMBINGAN 2017



Ahad, 5 Jun 2016

Bengkel Sains UPSR 2016 : Bengkel Pertama kalinya dianjurkan oleh NKW

Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan

BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik' - Mac 2017


NKW (Naimo Kidz Worshop) maju setapak lagi. Kali ini mengelolakan bengkel. Bengkel ini dikenali sebagai Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR yang menjemput Cikgu Sharifah Aziah yang datang jauh dari Perlis terus ke Kuala Lumpur.

Berbeza dengan aktiviti yang NKW buat sebelum ini, membuka gerai dan mengendalikan aktiviti Sand - Art, kali ini acara yang sama sekali berbeza. Namun pengalaman yang ada pada penulis dalam mengendalikan program motivasi yang melibatkan pelajar sewaktu di universiti dahulu banyak membantu penulis dalam mengelolakan bengkel ini yang pertama kali dianjurkan oleh NKW.

Diadakan pada 10.04.16 bersamaan hari Ahad, bengkel ini mengambil tempat di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 ptg dan hanya berfokus kepada Matapelajaran Sains UPSR.

Kekuatan, semangat dan idea tercetus untuk mengadakan bengkel ini, 2 minggu sebelum tarikh bengkel ini diadakan. Atas faktor pernah ber'telegram' dengan penceramah dan juga mengenali individu di Fakulti Pergigian USIM. Sebelum itu di tempat yang sama, penulis membantu dalam menganjurkan program Bengkel Kecemerlangan UPSR sekolah penulis bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Jadi faktor jaringan atau 'networking' penting dalam kita ingin menganjurkan sesuatu program dan acara. Lagi satu faktor keberanian dan juga faktor 'just do it' apabila telah mendapat ilham, asalkan perkara yang bakal dilakukan itu membawa faeadah dan bermanfaat.

Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pengiraan budget program dan aturcara, perancangan dan promosi dilakukan melalui blog, facebook, wassap dan telegram. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Dalam masa 2 minggu, bengkel ini berjaya mengumpulkan seramai 61 orang, walaupun sasaran pada awalnya ialah 80 orang peserta. Kebanyakan peserta terdiri daripada murid, ibu bapa dan guru - guru. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekitar Kuala Lumpur. Cuma yang mengejutkan penulis, ada seorang peserta, guru yang datang dari Sarawak semata - mata ingin menghadiri bengkel ini. Amat terharu dibuatnya penulis dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Menimba ilmu jauh menyeberangi Laut China Selatan, mencari dan menambah ilmu untuk disampaikan kepada murid - muridnya. Tahniah dan selamat berjaya cikgu!.




Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah



Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah

Di sini boleh disimpulkan dalam mengendalikan sesuatu bengkel, perkara - perkara berikut perlu dititikberatkan :
* 'Networking'
* Kertas kerja
* Budget
* Surat menyurat - penceramah dan tempat berbengkel
* Promosi - channel dan juga 'ayat' promosi, banner, pamplet
* Tentatif, Aturcara, Peraturan
* Pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran
* Peralatan dan bahan - telefon, bahan bengkel, alat tulis, komputer, printer, P.A Sistem dan projektor
* Makanan dan minuman peserta
* 'Manpower'
* Sijil peserta

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina dan Rodiah. Anda semua pembantu yang hebat.

Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember nanti yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Khamis, 24 November 2011

KELAS BIMBINGAN MUSIM CUTI SEKOLAH CIKGU AZMI

‘KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SELANGOR, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, MATH, ULANGKAJI, INTENSIF, FOKUS, SISTEMATIK, PERCUBAAN, RAMALAN, SKOR, A, CEMERLANG, BERJAYA, CUTI, CUTI SEKOLAH, SEKOLAH, HOLIDAY, SCHOOL, SCHOOL HOLIDAY, MUSIM, MUSIM CUTI SEKOLAH, DARJAH 5, TAHUN 5, 5, DARJAH 6, TAHUN 6, 6, CALON, UPSR, 2015, CALON UPSR 2015, UPSR 2015’


JANGAN LEPASKAN PELUANG.... SELAGI ADA DAYA SELAGI ITU KITA BERUSAHA.
INI MUNGKIN BOLEH MENGUBAH KEPUTUSAN ANDA...

Ahad, 28 Ogos 2011

KELAS BIMBINGAN TUISYEN CIKGU AZMI SAINS DAN MATEMATIK UPSR

‘KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SEKOLAH, RENDAH, KEBANGSAAN, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, SKOR, A, A, CEMERLANG, BERJAYA, MARKAH, PERATUS, 100%, 4, 5, 6, TAHUN 4, DARJAH 4, TAHUN 5, DARJAH 5, TAHUN 6, TAHUN 2019, 2020, TAHUN 2019, TAHUN 2020, TAHUN ENAM, DARJAH 6, UPSR, CALON UPSR 2020, UPSR 2020, KSSR, DSKP, KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN, KSSR SEMAKAN



JANGAN LEPASKAN PELUANG... BERTINDAK SEKARANG.