Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam - 4 musim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam - 4 musim. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2010

4 MUSIM DI BUMI... bahagian 2


Pada peta di atas, garisan-garisan dilakar bagi memudahkan penerangan dan pemahaman. Garisan yang ada di dalam peta di atas ialah garisan khatulistiwa, garisan Meridian Utama, garisan Tropika Cancer dan garisan Tropika Capricorn.
(‘On the map shown above, and for that matter on all other maps, the Equator, Prime Meridian, Tropic of Cancer and Tropic of Capricorn are imaginary lines.’)

Garisan Khatulistiwa : Terletak pada latitud sifar darjah (Utara atau Selatan), panjangnya ialah 24,901.55 batu dan membahagikan Bumi kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
(‘Equator: Located at zero degrees latitude (North or South,) is 24,901.55 miles long and divides the Planet Earth into the Northern and Southern Hemispheres.’)

Garisan Tropika Cancer dan Capricorn : Terletak pada 23.5 darjah Utara dan 23.5 darjah Selatan garisan Khatulistiwa, kawasan Bumi ini (antara dua garisan tersebut) dikenali sebagai ‘Tropika’, dan ditanda dengan warna biru terang pada glob. Kawasan ini tidak mengalami perubahan musim atau cuaca yang ketara kerana Matahari sentiasa kelihatan sepanjang tahun.
(‘Tropics of Cancer and Capricorn: Located at 23.5 degrees North and 23.5 degrees South of the Equator, this area of Planet Earth (between those two lines) is known as the "Tropics," and is indicated with a lighter blue color on the above globe. This area experiences no dramatic change in season because the sun is consistently high in the sky throughout the year.’)

Penduduk yang tinggal pada kawasan Utara garisan Tropika Cancer dan kawasan Selatan garisan Tropika Capricorn mengalami perubahan musim yang ketara, berdasarkan kepada paksi Bumi dan sudut mengarah Matahari. Apabila berlaku musim panas pada kawasan Utara garisan Tropika Cancer, berlaku musim sejuk pada kawasan Selatan garisan Tropika Capricorn dan sebaliknya.
(‘People living North of the Tropic of Cancer and South of the Tropic of Capricorn experience dramatic seasonal climate changes, based on the earth's tilt, and the subsequent angle of the sun. When it's summer North of the Tropic of Cancer, it's winter South of the Tropic of Capricorn and vise versa.’)

Garisan Meridian Utama : Terletak pada longitud sifar darjah (Timur atau Barat), membahagikan planet Bumi kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan, dan ia adalah rujukan ukuran garisan longitud seterusnya.
(‘Prime Meridian: Located at zero degrees longitude (East or West), it divides the Planet Earth into the Eastern and Western Hemispheres, and is the line from which all other lines of longitude are measured.’)

Rujukan : worldatlas

Pautan berkait :
4 MUSIM DI BUMI...

Jumaat, 5 Februari 2010

4 MUSIM DI BUMI...

Terdapat tempat di Planet Bumi mengalami 4 musim, terutama kawasan yang berada hampir dengan Kutub Utara dan Kutub Selatan, menjauhi bahagian Khatustiwa Bumi.

4 musim yang berikut adalah :
1. Musim Bunga (‘Spring’)
2. Musim Panas (‘Summer’)
3. Musim Luruh (‘Autumn’)
4. Musim Sejuk (‘Winter’)

Setiap musim berlaku selama 3 bulan dalam setahun. Musim bunga bermula apabila tumbuhan sudah mula mengeluarkan putik atau pucuk. Musim bunga tempoh masa siang dan malam hampir sama. Manakala musim panas, tak kala ketika ini matahari memancar agak terik dan suhu tinggi dapat dicatat. Pada ketika ini, siang akan berlaku lebih lama berbanding malam. Ramai yang akan menghabiskan masa di pantai melakukan ‘sun bathing’.

Tumbuhan akan mula menggugurkan daun-daunnya bagi menandakan musim luruh telah bermula. Tempoh masa siang dan malam hampir sama. Apabila pokok-pokok telah ‘botak’, dan ketika cuaca agak dingin dan sejuk, ini menandakan musim sejuk bermula. Suhu boleh dicatat di bawah 0 darjah Celsius. Kemungkinan juga salji akan turun dan ramai akan ke kawasan tinggi untuk bercuti bermain ski dan sebagainya.

Video di bawah menerangkan dengan lebih jelas bagaimana boleh berlakunya 4 musim di Bumi ini.

Video 1 :


Video 2 :


coretan : Pokcik Sains

Pautan berkait :
4 MUSIM DI BUMI... bahagian 2