Masuk jer kelas, murid – murid sudah bersedia untuk memulakan aktviti. Pinggan dah ada atas meja, bahan – bahan pun sudah tersusun rapi di atas meja, sarung tangan sudah dipakai, tangan juga sudah dibersihkan. Roti yang berbentuk selipar juga telah dipotong siap – siap.
“Cikgu, cepat cikgu, bila kita nak mula”, kata salah seorang murid yang tak sabar – sabar nak mulakan aktiviti.
Dalam sukatan Sains sekolah rendah, terdapat lima jenis mikroorganisma yang murid – murid pelajari iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Kalau itu cara mengingat mnemoniknya ialah AKU, BAWA, FAIL, PENUH VIRUS.
Murid – murid kelas 6 Gigih (batch 2021/2022) memilih untuk membina model Paramecium (Protozoa), Mukor (Fungi) dan Escherichia coli (Bakteria).
Hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.
Bahagian asas Mukor yang dipilih untuk dijadikan sebagai model adalah bahagian Kantung Spora/Sporangium (menyimpan spora yang merupakan kaedah pembiakan mukor melalui agen angin) dan bahagian batang mukor/sporangiofor.
Bagi bakteria pula, bakteria yang dipilih ialah Escherichia coli yang berbentuk sosej. Bakteria ini boleh menyebabkan cirit – birit dan muntah – muntah jika makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.
Bahagian asas untuk menggambarkan bakteria ini adalah bahagian flagellanya yang merupakan struktur yang membolehkan bakteria ini bergerak.
Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina ketiga – tiga model adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan, jajan mamee, sosej, roti dan cip – cip coklat.
Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).
Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.
Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.
Itu antara respon murid apabila membuat aktiviti membentuk model mikroorganisma daripada makanan.
Mikroorganisma yang mereka pilih ialah Paramecium iaitu mikroorganisma daripada jenis Protozoa. Mikroorganisma jenis ini hidup di habitat yang berair.
Pada mulanya, murid – murid kelas 6 Cekal (batch 2021/2022) ingin membina model semua jenis mikroorganisma berlima iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Namun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membina satu model sahaja.
Cuma, dalam aktiviti ini hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.
Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina model Paramecium adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan dan jajan mamee.
Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).
Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.
Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.
Lepas dah siap Paramecium ini, jom kita makan..... sedap.
5. Ikan – Insang kelabu/kehijauan,
lembut (berubah tekstur), mata kemerahan
6. Makanan dalam tin – kemek,
kembung, berbuih, berkarat, keruh
7. Sayuran – layu, warna kekuningan
!!Makanan boleh menunjukkan lebih daripada 1 ciri –
ciri makanan rosak
MAKANAN YANG ROSAK BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN
MIKROORGANISMA TERHADAP MAKANAN
PROSES PENGAWETAN MAKANAN
♦ Proses yang boleh menghalang dan melambatkan proses hidup
mikroorganisma dalam makanan
♦ Tujuan : Makanan boleh disimpan untuk tempoh masa yang
lama
PENDIDIHAN
Proses memanaskan makanan pada suhu
yang tinggi. Membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan
fungi.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, dan
sayur-sayuran
PENJERUKAN
Proses merendam makanan di dalam
cuka, larutan gula dan garam.
Penjerukan mengurangkan kandungan air
dalam makanan, menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma
bertumbuh.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Buah-buahan dan
sayur-sayuran
Di
bawah ialah video tentang proses penjerukan
PEMBUNGKUSAN VAKUM
Proses mengeluarkan semua udara
daripada bekas atau pembungkus makanan. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria
& kulat tidak boleh bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Kacang, kerepek,
buah-buahan, sosej, cendawan
Di
bawah ialah video tentang proses pembungkusan vakum
PENGERINGAN
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan
kebanyakan air daripada makanan. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya
matahari atau ketuhar. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati
atau menjadi tidak aktif.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan kering, asam
gelugor, mihun kering, sotong
Di
bawah ialah video tentang proses pengeringan
PENDINGINAN
Kaedah menyimpan makanan di dalam
persekitaran bersuhu kurang dari 18°C.
Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang
aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Sayur-sayuran,
buah-buahan, telur & susu
PENYEJUKBEKUAN
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat
beku (0°C) dan ke bawah. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang
aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, sotong, ayam dan
daging
PEMASINAN
Menggunakan garam bagi menyingkirkan
kelembapan pada makanan. Mikroorganisma
tidak dapat bertumbuh tanpa air
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, telur, sayuran,
buahan dan daging
Di
bawah ialah video tentang proses pemasinan
PELILINAN
Proses menyalut buah dan sayuran
dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di
permukaannya.
Dapat mengekalkan kesegaran buah.
Tidak kehilangan air.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Buah - buahan
Di
bawah ialah video tentang proses pelilinan
PENGETINAN/PEMBOTOLAN
Proses mendidihkan makanan membunuh
mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan, dimasukkan ke dalam bekas
kedap udara.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam,
buah, dan sayur-sayuran
Di
bawah ialah video tentang proses pengetinan/pembotolan
PEMPASTEURAN
Proses pemanasan makanan sehingga
suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan
segera. Membunuh mikroorganisma.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Susu dan jus
buah-buahan
Di
bawah ialah video tentang proses pempasteuran
PENYALAIAN
Kaedah mengeringkan makanan dengan
cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama. Boleh membantutkan
pertumbuhan mikroorganisma.
Rasa dan nilai nutrisi berubah
Contoh makanan : Ikan dan daging
Di
bawah ialah video tentang proses penyalaian
KEPENTINGAN PENGAWETAN MAKANAN
1. Makanan yang telah ditinkan boleh
mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
2. Sesetengah makanan yang dihasilkan
oleh sesebuah negara boleh dinikmati (dieksport) di negara lain.
3. Memudahkan makanan disimpan dan mudah
diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.
4. Senang disimpan dan dibungkus dalam
bekas bersaiz kecil.
5. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati
sepanjang tahun.
6.
Makanan dapat disimpan lebih lama (mengelakkan pembaziran) & boleh memenuhi
keperluan bekalan makanan spjg tahun. Kini kita berhibur dengan lagu Pengawetan Makanan oleh Cikgu Sharifah Aziah
Jika kita lihat di sekeliling kita, alam
dunia ini bukan sahaja dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja.
Terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang berkongsi Bumi kita ini. Bumi
merupakan satu – satunya planet yang boleh dihuni oleh hidupan kerana ia
mempunyai air dan udara.
Dari yang sebesar – besar ikan paus yang
hidup di lautan dan sekecil – kecil virus yang tidak boleh dilihat oleh mata
kasar. Mikroorganisma merupakan hidupan yang seni dan halus. Memerlukan kanta
pembesar dan mikroskop elektron untuk mengkaji mikroorganisma ini.
Dalam tajuk mikroorganisma ini, kita akan melihat
jenis sehinggalah fungsi mikroorganisam itu dalam kehidupan kita. Bagaimana
hidupan sekecil – kecil ini boleh mempengaruhi hidupan lain. Berikut merupakan
tajuk yang dibincangkan dalam topik MIKROORGANISMA. MIKROORGANISMA – Jenis MIKROORGANISMA – Proses Hidup MIKROORGANISMA – Faktor Pertumbuhan Selamat membaca!
Mikroorganisma
memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan
tersebut ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai,
kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).
Faktor
– faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada
suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.
SUHU YANG SESUAI
Setiap
spesies mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk bertumbuh. Suhu yang
sesuai atau dipanggil sebagai suhu
optimum pertumbuhan adalah berbeza – beza mengikut spesies mikroorganisma. Kebanyakan suhu optimum pertumbuhan bagi mikoorganisma
(kadar pertumbuhan mikroorganisma paling cepat) adalah antara julat 20°C hingga 50°C. Rujukan di sini, midlandstech, dan di sini, textbookofbacteriology.
KEHADIRAN UDARA
Mikroorganisma
memerlukan udara sama ada untuk menjalankan proses respirasi (pernafasan) bagi
menjana tenaga, untuk menyebarkan spora atau medium untuk berpindah dari satu
perumah ke perumah yang lain.
Keadaan keasidan
makanan penting untuk pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Keasidan diukur
atau dikenali sebagai skala pH yang julatnya antara 0 hingga 14, di mana pH 7.0
adalah neutral, pH kurang dari 7.0 adalah berasid dan pH lebih dari 7.0 adalah
beralkali.
(‘The acidity of a food is also important for
bacterial growth. Acidity is measured using what is known as the pH scale which
goes from 0 to14, where pH 7.0 is neutral, a pH less than 7 is acidic and a pH
greater than 7.0 is basic or alkaline.’)
Makanan yang
mempunyai pH hampir dengan 7.0 adalah sangat ideal bagi pertumbuhan
mikroorganisma (bakteria). Setiap mikroorganisma mempunyai pH pertumbuhan
minimum, optimum dan maksimum. Julat pertumbuhan optimum adalah 6.0 hingga 7.5,
tetapi pertumbuhan boleh berlaku perlahan pada paras pH yang lebih rendah atau
lebih tinggi. pH pada 4.6 dan di bawah atau pada pH melebihi 11 akan mencegah
pertumbuhan patogen (mikroorganisma membawa kerosakan).
(‘Foods with a pH close to 7.0 are ideal for
most bacterial growth. Every microorganism has a minimum, optimum and maximum
pH for growth. The optimum growth range is about 6.0 to 7.5, but growth can
occur slowly at lower or higher pH levels. A pH of 4.6 and below or a pH above
11 will prevent pathogen growth.’)
Bakteria
mengandungi 80 hingga 90 peratus air. Jadi ia merlukan air untuk terus hidup.
(‘Bacteria are about 80 to 90 percent water.’)
Rujukan
: scienceclarified Semua
mikroorganisma (bakteria) memerlukan kelembapan atau air untuk bertumbuh dan
membiak. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan air untuk mendapatkan makanan dan
untuk menyingkirkan bahan kumuh.
(‘All bacteria need moisture, or water, in a
"useable" or "available" form to grow and reproduce.
Bacteria use the water to take in food and to remove unwanted waste products.’)
Makanan merupakan
keperluan penting bagi SEMUA organisma termasuk mikroorganisma. Mikroorganisma
(bakteria) memerlukan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk
bertumbuh.
(‘Food is essential for ALL living organisms.
Bacteria need protein, carbohydrates, vitamins and minerals - just like we do.’)
Rujukan
: seafoodhaccp Sila
lihat video di bawah untuk melihat pertumbuhan dari beberapa spesies mukor.
Sila
lihat video di bawah bagaimana untuk membiak bakteria (mikroorganisma). Bakteria
ada di mana – mana.
Mikroorganisma merupakan benda hidup. Benda hidup
perlu menjalani proses hidup. Antara proses hidup adalah seperti dalam peta
bulatan (peta i-think) di bawah.
Proses hidup
dalam Sains tahun 6 ialah, mikroorganisma bergerak, bernafas dan bertumbuh.
Lihat
peta pokok (peta i-think) di bawah.
MIKROORGANISMA BERGERAK
Sila lihat video ini untuk lebih memahami berkenaan
mikroorganisma bergerak. Dilhat di bawah
mikroskop berkuasa tinggi. Contoh 1 : Paramecium bergerak dengan menggunakan
struktur yang dikenali sebagai silia (‘Cilia’)
yang terdapat di sekeliling mikroorganisma tersebut.
Contoh 2 : Ameba bergerak dengan menggunakan pseudopod.
Contoh 3 : Euglena dan Chlamydomonas bergerak dengan
menggunakan struktur yang dikenali sebagai flagela.
MIKROORGANISMA BERNAFAS
Sila
lihat video ini untuk lebih memahami berkenaan mikroorganisma bernafas.
Yis merupakan benda hidup yang mengurai
substrak (gula dan air) dan menghasilkan gas karbon dioksida.
(‘The
yeast in this experiment consists of living organisms that break down
(decompose) the substrate (sugar and water) and produce carbon dioxide gas.’)
Anda boleh melihat bukti (penghasilan
gas karbon dioksida) bagaimana mikroorganisma ‘makan’, di mana mikroorganisma
memecahkan struktur sumber makanan (dalam ekspreriman ini ialah gula) yang
membekalkan mikoorganisma ini tenaga untuk sistem mereka.
(‘You can see
evidence (the carbon dioxide) of them "eating", which is how they
break down food sources (in this case sugar) that provide energy for their tiny
systems.’) MIKROORGANISMA BERTUMBUH
Mikroorganisma
memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan tersebut
ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai,
kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).
Faktor
– faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada
suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.
Blog ini dibuat bagi memperbanyakkan lagi rujukan Sains secara atas talian bagi pelajar - pelajar sekolah dan juga guru. Topik - topik yang ada merangkumi topik - topik sukatan pembelajaran di sekolah. Kandungan blog ini lebih kepada kompilasi maklumat samaada artikel mahupun video untuk memberikan lebih kefahaman. Ia diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja untuk memahami Sains.
Saya merupakan seorang pendidik dalam bidang Sains di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Pernah bercuti panjang ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2010, di Dundee Scotland untuk menimba pengalaman.Redha, sentiasa memaafkan, bersyukur dengan ni'mat dikurniakan dan sabar dalam menghadapi segala perkara menjadi pegangan hidup.
Buat sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh selagi mana ia betul dan memberi kebaikan. Selagi kudrat ini kuat untuk melaksanakan sendiri sesuatu perkara, lakukannya sendiri.