Ahad, 5 Jun 2016

Bengkel Sains UPSR 2016 : Bengkel Pertama kalinya dianjurkan oleh NKW

Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan

BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik' - Mac 2017


NKW (Naimo Kidz Worshop) maju setapak lagi. Kali ini mengelolakan bengkel. Bengkel ini dikenali sebagai Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR yang menjemput Cikgu Sharifah Aziah yang datang jauh dari Perlis terus ke Kuala Lumpur.

Berbeza dengan aktiviti yang NKW buat sebelum ini, membuka gerai dan mengendalikan aktiviti Sand - Art, kali ini acara yang sama sekali berbeza. Namun pengalaman yang ada pada penulis dalam mengendalikan program motivasi yang melibatkan pelajar sewaktu di universiti dahulu banyak membantu penulis dalam mengelolakan bengkel ini yang pertama kali dianjurkan oleh NKW.

Diadakan pada 10.04.16 bersamaan hari Ahad, bengkel ini mengambil tempat di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 ptg dan hanya berfokus kepada Matapelajaran Sains UPSR.

Kekuatan, semangat dan idea tercetus untuk mengadakan bengkel ini, 2 minggu sebelum tarikh bengkel ini diadakan. Atas faktor pernah ber'telegram' dengan penceramah dan juga mengenali individu di Fakulti Pergigian USIM. Sebelum itu di tempat yang sama, penulis membantu dalam menganjurkan program Bengkel Kecemerlangan UPSR sekolah penulis bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Jadi faktor jaringan atau 'networking' penting dalam kita ingin menganjurkan sesuatu program dan acara. Lagi satu faktor keberanian dan juga faktor 'just do it' apabila telah mendapat ilham, asalkan perkara yang bakal dilakukan itu membawa faeadah dan bermanfaat.

Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pengiraan budget program dan aturcara, perancangan dan promosi dilakukan melalui blog, facebook, wassap dan telegram. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Dalam masa 2 minggu, bengkel ini berjaya mengumpulkan seramai 61 orang, walaupun sasaran pada awalnya ialah 80 orang peserta. Kebanyakan peserta terdiri daripada murid, ibu bapa dan guru - guru. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekitar Kuala Lumpur. Cuma yang mengejutkan penulis, ada seorang peserta, guru yang datang dari Sarawak semata - mata ingin menghadiri bengkel ini. Amat terharu dibuatnya penulis dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Menimba ilmu jauh menyeberangi Laut China Selatan, mencari dan menambah ilmu untuk disampaikan kepada murid - muridnya. Tahniah dan selamat berjaya cikgu!.




Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah



Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah

Di sini boleh disimpulkan dalam mengendalikan sesuatu bengkel, perkara - perkara berikut perlu dititikberatkan :
* 'Networking'
* Kertas kerja
* Budget
* Surat menyurat - penceramah dan tempat berbengkel
* Promosi - channel dan juga 'ayat' promosi, banner, pamplet
* Tentatif, Aturcara, Peraturan
* Pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran
* Peralatan dan bahan - telefon, bahan bengkel, alat tulis, komputer, printer, P.A Sistem dan projektor
* Makanan dan minuman peserta
* 'Manpower'
* Sijil peserta

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina dan Rodiah. Anda semua pembantu yang hebat.

Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember nanti yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Isnin, 21 Disember 2015

UPSR KSSR 2016/KERTAS SAINS 018 - Konstruk

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR, 2016, format baru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, KBAT, peperiksaan, Ujian, Sekolah Rendah, Sekolah, Rendah, peperiksaan, pusat, 5 matapelajaran, teras, Kebangsaan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kertas,  Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik, Sains, keputusan, 6A, calon, bahagian A, soalan objektif, bahagian B, soalan subjektif, kod kertas 018, Kertas 1, Kertas 2, penataraan

BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik - Mac 2017







 

Segala soalan yang dibina dalam Kertas Sains 018 mengandungi KONSTRUK - KONSTRUK tertentu dan setiap konstruk mempunyai sub-konstruk - sub-konstruknya sendiri.




























Entri akan datang... Contoh - contoh soalan sub-konstruk

Siri 1 -  UPSR KSSR 2016/KERTAS SAINS 018

Siri 3 - UPSR KSSR2016/KERTAS SAINS 018 - Kertas 2 Soalan dan Markah









Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan BUKU LATIHAN SAINS mengikut sukatan KSSR dan FORMAT UPSR TERKINI 2016, hasil tulisan GURU PAKAR SAINS iaitu CIKGU ZAZOLNIZAM ZAKARIA, sila ke pautan ini atau sila pm saya di 013-2795903.

UPSR KSSR 2016/KERTAS SAINS 018

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR, 2016, format baru, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, KBAT, peperiksaan, Ujian, Sekolah Rendah, Sekolah, Rendah, peperiksaan, pusat, 5 matapelajaran, teras, Kebangsaan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kertas,  Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik, Sains, keputusan, 6A, calon, bahagian A, soalan objektif, bahagian B, soalan subjektif, kod kertas 018, Kertas 1, Kertas 2, penataran
 
BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik - Mac 2017


 

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bawah kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan bermula pada tahun hadapan 2016. Murid tahun 6 pada tahun 2016 adalah generasi pertama mengikuti sistem KSSR dan menjadi murid pertama menjalani UPSR dengan format baru.

Setelah sekian lama UPSR di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bermula dari tahun 1993, dan akhirnya  berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan pendidikan masa kini.

Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.


UPSR 2016 secara keseluruhannya mengandungi 5 matapelajaran teras bagi Sekolah Kebangsaan iaitu :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kertas yang ditawarkan ialah :
Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains





Kali pertama Kertas Sains diuji di dalam UPSR bermula sesi persekolahan 1996/1997, yang mana hanya terdiri daripada satu kertas sahaja yang mengandungi bahagian A (soalan objektif) dan bahagian B (soalan subjektif).

Bagi tahun hadapan 2016  Kertas Sains dengan kod kertas 018, akan mengalami evolusi yang mana terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2. 





 

 



  

 









Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan BUKU LATIHAN SAINS mengikut sukatan KSSR dan FORMAT UPSR TERKINI 2016, hasil tulisan GURU PAKAR SAINS iaitu CIKGU ZAZOLNIZAM ZAKARIA, sila ke pautan ini atau sila pm saya di 013-2795903.