Khamis, 5 Disember 2013

Perkara atau Soalan Bahagian B - Pembolehubah (siri 4)

PEMBOLEHUBAH (‘Variables’)

Penerangan (‘Explaination’)

Pemboleh ubah merupakan perkara – perkara yang perlu ada dalam menjalankan eksperimen. Analoginya atau diibaratkan seperti gambar rajah di bawah:
(‘Variables are things that we need to do the experiment. It can be said that (analogy) as in the diagram’)



Menamakan pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan semua pemboleh ubah yang perlu sama atau tetap dalam penyiasatan.
(‘Naming the manipulated variable, the responding variable and all variables to be held constantly’)

Menyatakan pemboleh ubah dengan cirinya (kata sifat).
(‘State the variables with its characteristics (adjectives)’)

Contoh (‘Examples’):
Bilangan anak ayam  (‘The number of chicks’)
Saiz bekas (‘The size of container’)
Jumlah air (‘The amount of water’)


Bagaimana hendak menjawab (‘How to answer’)

Tiga jenis pemboleh ubah (‘Three type of variables’):

1. Perkara yang tidak sama dan berubah – pemboleh ubah dimanipulasi (pm).
(‘Thing that is changed – what is changed (wtc)’)

Semasa ujikaji/eksperimen : bahan/faktor yang berbeza (tidak sama) dikawal, ditentukan oleh kita sebagai orang yang melakukan ujikaji pada awal eksperimen.
(‘During the fair test : materials/factors that is different, controlled, determined by us as the investigator at the beginning of the experiment’)


2. Perkara yang diperhatikan/diukur/direkod – pemboleh ubah bergerak balas (pb) dan,
(‘Thing that is observed/measured/recorded) – what is observed/measured (wto) and,’)

Selepas suatu ujian/eksperimen : adanya hasil ujian/eksperimen atau penyiasatan, perkara yang bertindak balas apabila kita mengubah ‘pembolehubah dimanipulasikan’.
(‘After the fair test : the products of the fair test or investigation, things that react when we change the ‘what is changed’.’)


3. Perkara yang perlu sama/tidak berubah –   pemboleh ubah dimalarkan (pd).
(‘Things that are kept the same – what is kept the same (wks)’)

Bahan/faktor yang sentiasa sama atau dikekalkan sepanjang ujian/eksperimen tetapi jika diubah akan mempengaruhi keputusan eksperimen.
(‘Materials/factors that remain the same or constants throughout the fair test, but can change the last result when it is changed’)



Lihat contoh Mee Goreng tadi.
(‘Look at the noodles previously’)




Bagaimana soalan diajukan (‘How the question asked’)
*Berdasarkan soalan – soalan sebenar Kertas Sains UPSR (‘As in the Exact UPSR Science Paper’)

1. Nyatakan satu/dua maklumat yang dikumpulkan  daripada penyiasatan ini.
(‘State one/two information gathered from this investigation’)

2. Nyatakan (‘State’)
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is changed (manipulated variable) in this investigation’)
(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is observed (responding variable) in this investigation’)
(iii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is kept the same (constant variable) in this investigation’)

3. Apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini?
            (‘what is kept the same (constant variable) in this investigation’)

   Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dalam penyiasatan ini?
            (‘what is changed (manipulated variable) in this investigation’)

   Apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini?
            (‘what is observed (responding variable) in this investigation’)


4. Nyatakan dua pembolehubah lain yang dimalarkan.
(‘State two other variables that is kept the same (constant)’)



Entri selepas ini adalah berkenaan PEMERHATIAN...

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

Kembali ke Mukadimah, Bahagian B

Selasa, 3 Disember 2013

Perkara atau Soalan Bahagian B - Pengenalan (siri 3)

Kertas Sains 018 UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), Bahagian B menawarkan 20 markah yang mana membawa kepada 40 % daripada peratus markah keseluruhan.

Bagaimana hendak mencapai markah maksimum dalam Bahagian B ini. Di sini saya cuba untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya untuk membantu anak – anak murid sekalian bagaimana hendak mencapainya.

Saya akan cuba untuk menerangkan seringkas dan semudah mungkin untuk memudahkan anak – anak murid sekalian memahaminya.   

Sebelum itu kita perlu dulu tahu isi kandungan Bahagian B, atau perkara yang ditanya dalam Bahagian B. Terdapat 8 perkara yang ditanya, iaitu:


Baik, ini sebagai permulaan untuk perbincangan yang selanjutnya. Jangan lupa mengikuti entri selanjutnya.


Terkini ! Perhatian kepada semua ibu bapa, anak – anak murid dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat semua entri mengenai Bahagian B kertas Sains UPSR 018 dalam versi buku format PDF boleh email kepada saya naimoiman@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. Ia dijual pada harga RM10 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini. Ini mungkin salah satu cara untuk anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam kertas Sains UPSR.

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

kembali ke Mukadimah

Ahad, 17 Februari 2013

PADAMKAN SAYA – LILIN DALAM ANGIN (‘BLOW ME OUT – Candle in the Wind’)

SUBSTANCES AND MATERIALS NEEDED (‘PERALATAN / BAHAN DIPERLUKAN’) :

• Pemetik api atau mancis (‘A Lighter or Matches’)
• Lilin bersaiz kecil (‘Tea-Light Candle (Small)’)
• Bekas silinder yang tinggi (‘Tall Round Container (Salt Container)’)

EXPERIMENT (‘EKSPERIMEN’) :
1.  Letakkan lilin betul – betul di belakang bekas silinder.
(‘Place the candle just behind the round container.’)

2.  Nyalakan lilin.
(‘Light the candle.’)

3.  Tiup bekas dari arah hadapan dan pada paras nyalaan lilin.
(‘Blow against the round container from the front and at candlelight level.’)

REASON (‘SEBAB’) :
Ini berlaku sama dengan cecair.
(‘This works the same with liquids.’)

Cecair atau udara (angin) bergerak / mengalir mengikut bentuk bekas (kontur) – lengkungan bekas.
(‘The fluid or air tends to flow (follow) the contour of the round container.’)

Apabila aliran udara bergerak dan bertemu pada bahagian sebelah sana bekas, ia akan bergabung bersama untuk memadamkan nyalaan liin.
(‘When the flow of air meets on the other side of the container, they join together to blow out the candle.’)

REFERENCE (‘RUJUKAN’) : kids science experiments