Memaparkan catatan dengan label Alam semesta - Gerhana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam semesta - Gerhana. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mei 2020

Gerhana, gerhana Bulan, gerhana Matahari

Gerhana versi 2020

♦ Definisi : kejadian semula jadi yang berlaku apabila seluruh atau sebahagian daripada cahaya Matahari terlindung oleh Bulan atau Bumi. Terbentuk bayang – bayang sama ada Bulan berada di dalam bayang - bayang Bumi atau Bumi berada dalam bayang – bayang Bulan.

♦ Terdapat dua fenomena gerhana iaitu gerhana Bulan dan gerhana Matahari

♦ Kejadian gerhana melibatkan 3 jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan dan peredaran Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari menentukan sama ada berlaku fenomena gerhana Bulan atau gerhana Matahari.

♦ Syarat utama kejadian gerhana ialah ketiga – tiga jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan perlu berada pada kedudukan satu garis lurus.

♦ Gerhana berlaku disebabkan oleh 2 sifat cahaya : a) Cahaya bergerak dalam garisan lurus b) Cahaya tidak dapat menembusi objek legap

GERHANA BULAN



♦ Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Bulan hanya berlaku jika : i) ketika fasa Bulan purnama/penuh, ii) Bulan bergerak memasuki bayang – bayang, iii) berlaku pada waktu malam

♦ Gerhana Bulan berlaku 2 hingga 4 kali setahun. Pada bulan takwim Qamari yang lain, Bulan bergerak di bahagian atas atau bawah bayang – bayang Bumi yang mengakibatkan tiada gerhana Bulan berlaku.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan → kawasan di Bumi di dalam kawasan a dapat memerhati fenomena gerhana Bulan penuh. Bulan berada pada kedudukan X.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan → kawasan di Bumi di dalam kawasan b dapat memerhatikan fenomena gerhana Bulan separa. Bulan berada pada kedudukan W dan Y.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan a. Bulan berada pada kedudukan X : Berlaku gerhana Bulan penuh; Bulan kelihatan berwarna perang kemerahan. Akibat kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari mula memasuki atmosfera Bumi. Sama seperti semasa Matahari terbit dan terbenam.

♦ Keadaan menjadi lebih gelap /lebih lama/berlaku dalam beberapa jam (saiz Bumi yang lebih besar daripada Bulan).

♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan b. Bulan berada pada kedudukan W dan Y : Berlaku gerhana Bulan separa; Hanya sebahagian Bulan berwarna perang kemerahan, sebahagian lagi cerah.

♦ Bulan pada kedudukan V dan Z, gerhana tidak berlaku kerana tiada cahaya Matahari yang dihalang.

Peringkat/fasa gerhana Bulan penuh (diperhatikan dari Bumi, Kawasan a, Bulan pada kedudukan X)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Peringkat/fasa gerhana Bulan separa (diperhatikan dari Bumi, Kawasan b, Bulan pada kedudukan W dan Y)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza



Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Bulan
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Bulan
Klik di sini
@ lihat video di bawah ini.




GERHANA MATAHARI



♦ Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Matahari hanya berlaku jika : i) ketika fasa anak Bulan, ii) Bulan bergerak di antara Bumi dengan Matahari, iii) berlaku pada waktu siang

♦ Gerhana Matahari berlaku sekurang – kurangnya 2 kali setahun.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi → kawasan R di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari penuh.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi → kawasan Q dan S di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari separa.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan R : Berlaku gerhana Matahari penuh; Matahari kelihatan seperti bulatan hitam yang dikelilingi oleh satu lingkaran cahaya disebut korona (Bahagian Matahari yang tidak ditutupi oleh Bulan). Juga seperti cincin bermata.

♦ Keadaan menjadi gelap seketika/lebih singkat/beberapa minit (lebih 7 minit), suhu persekitaran menurun, burung – burung akan kembali ke sarang.

♦ Kawasan Q dan S : Berlaku gerhana Matahari separa; Matahari kelihatan seperti bulan sabit.

♦ Kawasan P dan T : Gerhana Matahari tidak berlaku. Tiada cahaya Matahari yang dihalang oleh Bulan

Peringatan ! Melihat gerhana Matahari secara terus akan merosakkan mata, kebutaan. Perlu memakai penuras gelap


Peringkat/fasa gerhana Matahari penuh (Kawasan R)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza




Peringkat/fasa gerhana Matahari separa (Kawasan Q dan S)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Matahari
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Matahari
Klik di sini

@ lihat video di bawah ini







#imzaroncikgusains
#ilmuperludikongsibersama

Ahad, 14 Jun 2015

ORBIT BULAN (‘THE MOON'S ORBIT’)

GERHANA (‘Eclipse’) – Bahagian 2 (‘Part 2’)

Seperti yang kita ketahui, Bulan sentiasa beredar mengelilingi Bumi dari arah Barat ke Timur, pada orbitnya sendiri dan dalam pada masa yang sama beredar mengikuti Bumi mengelilingi matahari.
(‘As we know, the Moon revolves around the Earth from West to East, on its axis and at the same time follows the Earth to revolve around the Sun.’)

Mari kita lihat tentang orbit Bulan untuk kita lebih memahami tentang gerhana Bulan dan Matahari kelak.
(‘Lets us look about the Moon’s Orbit, so that we can understand more about the eclipse of the Moon and the eclipse of the Sun later’)

Orbit Bulan adalah sendeng lebih kurang 5.15˚ daripada satah ekliptik (laluan/orbit) Bumi beredar mengelilingi Matahari. (Jika orbit Bulan adalah 0˚, kita akan mengalami gerhana Matahari dan Bulan setiap bulan).
(‘The Moon's orbit about the Earth lies in a plane which is tilted by about 5.15° with respect to the plane of the Earth's orbit about the Sun. (If this tilt was zero, we would have total solar and lunar eclipses every month!)’)


Terjemahan :
*Bawah kiri : Bumi dan sebilangan planet luaran mengorbit (beredar mengelilingi) Matahari pada laluan ‘satah ekliptik’ (satah berbentuk bujur)
*Atas tengah : Paksi Bumi untuk putaran Bumi adalah sendeng 23.5˚daripada satah ekliptik Bumi
*Bawah kanan : Orbit Bulan adalah sendeng 5.15˚ daripada satah ekliptik.

Sumber rajah : pinstop


Lihat video di bawah ini untuk memahami mengenai pergerakan Bulan mengorbit Bumi :

(‘Watch this following video about the Moon revolves around the Earth’)


Sila klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang orbit Bulan.
(‘Click here to know more about the Moon’s Orbit’)


(‘Eclipse – Part 1’)

Jumaat, 17 Jun 2011

GERHANA (‘Eclipse’) – Bahagian 1 (‘Part 1’)

Definisi ‘Gerhana’?
(‘Definition of 'eclipse'’)

Gerhana adalah penyekatan atau halangan cahaya Matahari, Bulan, atau lain – lain jasad yang terang, oleh jasad - jasad yang lain, sama ada antara ia dan juga mata, atau antara jasad yang terang dan yang diterangi olehnya.
(‘Eclipse an interception or obscuration of the light of the sun, moon, or other luminous body, by the intervention of some other body, either between it and the eye, or between the luminous body and that illuminated by it.’)

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan bergerak melalui bayang – bayang Bumi; Gerhana Matahari pula berlaku, apabila Bulan berada di antara Matahari dan pemerhati.
(‘A lunar eclipse is caused by the moon passing through the earth's shadow; a solar eclipse, by the moon coming between the sun and the observer.’)
ruj : definition

Dalam perkataan yang lebih mudah, gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.
(‘Eclipse is an astronomy phenomenon happens when an astronomy body pass through the shadow of other astronomy body.’)
ruj : ms wikipedia

Bumi dan bulan mempunyai dua jenis pergerakan, iaitu berputar dan beredar. Bumi berputar pada paksinya, berputar dari arah Barat ke Timur (mengambil masa 24 jam = 1 hari) dan juga beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya sendiri (mengambil masa 365 ¼ hari = 1 tahun), juga dari arah Barat ke Timur.
(‘The Earth and the Moon have two type of motion, which are revolving and rotating. The Earth rotates on its axis, from west to East (it takes 24 hours = 1 day) and also revolves around the Sun along its own orbit (it takes 365 ¼ days = 1 year), from West to East.’)

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan Bumi.
(‘Click here to know more about the motion of the Earth’)

Video di bawah menunjukkan bagaimana Bumi berputar dan beredar :
(‘The following video shows about the rotation and the revolution of the Earth’)



Bulan juga berputar pada paksinya sendiri, juga berputar dari arah Barat ke Timur (satu putaran mengambil masa 29.5 hari sama dengan tempoh yang diambil untuk mengelilingi Bumi). Bulan yang sentiasa beredar mengelilingi Bumi dari arah Barat ke Timur, pada orbitnya sendiri dan dalam pada masa yang sama beredar mengikuti Bumi mengelilingi matahari.
(‘The Moon also rotates on its axis, from West to East (one complete rotation takes 29.5 days same as the time taken for the Moon to complete one revolution around the Earth). The Moon revolves around the Earth from West to East, on its axis and at the same time follows the Earth to revolve around the Sun.’)

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan Bulan.
(‘Click here to know more about the motion of the Moon’)

Lihat video di bawah ini untuk memahami mengenai putaran Bulan :
(‘Watch this following video about the rotation of the Moon’)



Gerhana – Bahagian 2
(‘Eclipse – Part 2’)