Objektif :
1. Murid boleh membuat satu roket kertas yang menggunakan udara dalam botol sebagai daya tolakannya.
2. Murid boleh membuat kesimpulan bahawa daya tolakan adalah daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
3. Murid menyatakan bahawa salah satu kesan daya iaitu daya boleh menggerakkan objek yang pegun.
Aktiviti :
1. Murid menyatakan maksud daya, daya tarikan dan daya tolakan.
2. Murid mendengar penerangan dan memerhati demonstrasi oleh guru cara membina roket kertas dan juga membina pelancarnya menggunakan botol dan penyedut minuman.
3. Murid mula membina roket kertas dan pelancar roket dengan menggunakan bahan – bahan yang disediakan sendiri oleh murid.
4. Murid membuat penerangan tentang roket mereka dengan menyentuh tentang jenis daya yang digunakan dan juga kesan daya tersebut.
5. Murid diberi soalan KBAT iaitu pertama, adakah panjang penyedut minuman mempengaruhi jarak yang dilalui oleh roket, kedua, adakah isipadu udara dalam botol (saiz botol) mempengaruhi jarak yang dilalui oleh roket.
6. Murid membuat nota langkah – langkah membuat roket kertas dan pelancarnya menggunakan peta pemikiran i-Think iaitu carta alir.
Bahan Bantu Belajar :
Peralatan seperti gunting, gam, pita selofan, bahan – bahan seperti kertas A4 berwarna, botol mineral, penyedut minuman.
Nota :
Aktiviti PdPC ini memberi peluang kepada murid – murid untuk bijak berfikir menggunakan bahan – bahan yang disenaraikan bagi membina roket mereka. Mereka juga melaltih mereka dilatih untuk menjadi seorang yang lebih teliti agar tiada faktor ‘terlebih atau terkurang’ yang menyebabkan roket mereka tidak boleh terbang seperti faktor lubang pada sambungan penyedut minuman dengan penutup botol serta saiz lubang roket yang terlalu besar di mana roket mereka tidak boleh memerangkap udara secukupnya sebelum dilancarkan.
Antara contoh – contoh figur roket dan video aktiviti pelancaran roket – Murid tahun 6 sesi 2021/2022
Jika ada sekolah (terutama sekolah rendah) yang ingin mendapatkan khidmat Cikgu Azmi untuk menjalankan aktiviti STEM secara bersemuka atau dalam talian, boleh hubungi Cikgu Azmi di talian 0132795903.
Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan