Tepuk semangat.
Sebelum memulakan kelas, kita main tepuk – tepuk dulu. Saja menaikkan semangat anak – anak murid ini sebagai pemanas badan, sebelum kita belajar.
“Kasihan tengok merak ni, ekornya tiada. Jom kita tolong cari dan ‘pasang’ semula ekor burung merak ini”, kata cikgu sebagai tanda aktiviti hari ini akan bermula.
Nak jadikan merak yang ini,
Alatan dan bahan yang diperlukan ialah gambar merak kosong seperti di atas, sedikit maklumat tentang interaksi antara haiwan, gam, gunting, pembaris dan juga kertas A4 berwarna warni.
Selain itu, aktiviti ini juga boleh dijadikan PdPC merentas kurikulum melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV), Matematik dan juga mata pelajaran Sains itu sendiri.
Mulanya, murid akan dibekalkan dengan lampiran yang mengandungi arahan, maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam ‘burung merak’.
Kemudian, murid akan diberi 3 kertas warna yang berbeza. Kertas warna inilah yang akan mengandungi maklumat tentang tajuk yang ingin kita perbincangkan. Guru bebas untuk memilih tajuk – tajuk yang bersesuaian iaitu tajuk haiwan.
Seterusnya, murid diminta untuk membuat jalur – jalur kertas berwarna. Setiap ukuran dengan lebar 1.5 cm. Murid akan menggunakan kemahiran mereka untuk mengukur menggunakan nombor dengan bantu alat pembaris.
Langkah yang terakhir, ini bahagian yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu kreativiti, menyusun jalur – jalur kertas warna pada lampiran burung merak yang diberikan pada awal kelas tadi.
Antara hasil kreatif murid 6 Cekal (batch 2021/2022) dalam menghasilkan Si Merak Kembangkan Ekornya.
Antara hasil kreatif murid 6 Gigih (batch 2021/2022) dalam menghasilkan Si Merak Kembangkan Ekornya.
Tahniah dan syabas anak – anak murid. Cantik dan sungguh kreatif.
Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan