Ahad, 7 Jun 2020

BURUJ

versi Jun 2020

♦ Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
♦ Buruj dapat dilihat dengan jelas pada malam yang gelap, tidak berawan, semasa bulan tidak kelihatan.
♦ Kesatuan Astronomi Antarabangsa secara rasmi menetapkan terdapat 88 buruj di langit pada waktu malam. 36 buruj terletak di hemisfera utara, 52 buruj di hemisfera selatan.
♦ Kedudukan Malaysia di garisan Khatulistiwa, kita boleh melihat buruj – buruj di hemisfera utara & hemisfera selatan.
♦ Terdapat 4 buruj utama yang mudah dilihat : Buruj Belantik, Buruj Biduk, Buruj Pari dan Buruj Skorpio.


4 BURUJ UTAMA

1. Buruj Belantik (BelantikK122)





- bentuk seorang pemburu memakai tali pinggang & tergantung sebilah pedang, buruj terbesar di alam semesta, buruj paling menonjol
- Belantik tunjuk arah Kiblat dan muncul pada bulan Disember hingga Februari jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di antara hemisfera utara dan hemisfera selatan

2. Buruj Biduk (BidukU46)




- bentuk pencedok air/gayung/senduk dengan tangkainya (7 bintang)
- Biduk tunjuk arah utara dan muncul pada bulan April hingga Jun jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera utara
- sebahagian daripada buruj yang lebih besar iaitu buruj Ursa Major berbentuk beruang besar
- menunjukkan musim menanam telah bermula di hemisfera utara

3. Buruj Pari (PariS46)



- bentuk corak palang, layang – layang (4 bintang), buruj paling kecil, paling mudah dikenali, bintang paling terang tunjuk arah selatan
- Pari tunjuk arah selatan dan muncul pada bulan April hingga Jun jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera selatan

4. Buruj Skorpio (Skorpio68)





- bentuk kala jengking, buruj yang besar
- Skorpio muncul pada bulan Jun hingga Ogos jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera selatan
- menunjukkan musim menuai telah bermula di hemisfera utara

KEGUNAAN BURUJ

1. Petunjuk Arah oleh pelayar dan pengembara : seperti buruj Biduk untuk mengetahui arah utara dan buruj Pari untuk mengetahui arah selatan.

2. Petunjuk Musim : petani kawasan empat musim bagi meramal dan merancang masa sesuai untuk menanam (buruj biduk) dan menuai (buruj skorpio).

Ahli astronomi menggunakan buruj untuk memetakan langit dan mengkaji  kedudukan bintangdi langit.


Link video untuk lebih kefahaman berkenaan Buruj
SAINS : Tahun 5 - Buruj (I)
Klik di sini



@ lihat juga video di bawah ini
Klik di sini



#ilmuperludikongsibersama

4 ulasan:

  1. Take Online Assignment Help if you don't want to write your assignments or you really do not have any time. We at fullassignment.com provides the best Management Assignment. We offer 100% plagiarism free, on-time delivery. We have best experts for you can take help for Compensation Management Assignment .
    Website: https://fullassignment.com/
    WhatsApp : +1-6692714848

    BalasPadam
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    BalasPadam
  3. The tool records every press of your spacebar. Thus, you can calculate how many times you press the space button in a minute. Recently, spacebar hitting competitions started in TikTok. This contest started by some TikTok users is turning into a growing trend.
    Space bar test

    BalasPadam