Jumaat, 14 Januari 2022

JOM MAKAN MIKROORGANISMA 2.0 (Paramecium, Escherichia coli, mukor)

Masuk jer kelas, murid – murid sudah bersedia untuk memulakan aktviti. Pinggan dah ada atas meja, bahan – bahan pun sudah tersusun rapi di atas meja, sarung tangan sudah dipakai, tangan juga sudah dibersihkan. Roti yang berbentuk selipar juga telah dipotong siap – siap.

“Cikgu, cepat cikgu, bila kita nak mula”, kata salah seorang murid yang tak sabar – sabar nak mulakan aktiviti.

Dalam sukatan Sains sekolah rendah, terdapat lima jenis mikroorganisma yang murid – murid pelajari iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Kalau itu cara mengingat mnemoniknya ialah AKU, BAWA, FAIL, PENUH VIRUS.


Murid – murid kelas 6 Gigih (batch 2021/2022) memilih untuk membina model Paramecium (Protozoa), Mukor (Fungi) dan Escherichia coli (Bakteria).


Hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.


Bahagian asas Mukor yang dipilih untuk dijadikan sebagai model adalah bahagian Kantung Spora/Sporangium (menyimpan spora yang merupakan kaedah pembiakan mukor melalui agen angin) dan bahagian batang mukor/sporangiofor.



Bagi bakteria pula, bakteria yang dipilih ialah Escherichia coli yang berbentuk sosej. Bakteria ini boleh menyebabkan cirit – birit dan muntah – muntah jika makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

Bahagian asas untuk menggambarkan bakteria ini adalah bahagian flagellanya yang merupakan struktur yang membolehkan bakteria ini bergerak.



Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina ketiga – tiga model adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan, jajan mamee, sosej, roti dan cip – cip coklat.

Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).

Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.










Sampai waktu rehat, jom kita makan... sedap.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

JOM MAKAN MIKROORGANISMA (versi Paramecium)

Seronok dan ‘melaparkan’... tiada selera tiba – tiba bertukar menjadi makanan dan snek yang sedap dimakan.
“Cikgu, cikgu, saya nak buka restoran mikroorganisma”.
Itu antara respon murid apabila membuat aktiviti membentuk model mikroorganisma daripada makanan.

Mikroorganisma yang mereka pilih ialah Paramecium iaitu mikroorganisma daripada jenis Protozoa. Mikroorganisma jenis ini hidup di habitat yang berair.

Pada mulanya, murid – murid kelas 6 Cekal (batch 2021/2022) ingin membina model semua jenis mikroorganisma berlima iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Namun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membina satu model sahaja.


Cuma, dalam aktiviti ini hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.


Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina model Paramecium adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan dan jajan mamee. 

Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).


Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.








Lepas dah siap Paramecium ini, jom kita makan..... sedap.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Ahad, 26 Disember 2021

Perkhidmatan Asas Cetak

Printer, pencetak, print, cetak, cetakan, warna, hitam, putih, muka surat, semuka, scan, imbas, dokumen, kertas A4, 70 gsm, 80 gsm, cikgu, murid, pelajar, mahasiswa, rakan, teman, sahabat, binding, bind, stapler, pengkokot


Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera.

Jika ada rakan - rakan, sanak saudara, pelajar... yang nak mencetak (' print') dokumen asas saiz A4 tetapi tiada pencetak/printer... saya boleh bantu... dgn harga yang berpatutan.

Cetakan Hitam Putih - RM0.25 semuka

Cetakan Warna - RM1.00 semuka

Menggunakan kertas bersaiz A4 berat 70/80 gsm

Menggunakan pencetak canon G series (Inkjet Printer)

Stapler binding (Tidak melebihi 50 helai) - RM 1.00... tambah 'cover' plastik depan belakang - RM3.00

Scan/Imbas dokumen - RM0.10 semuka

Perkhidmatan Fotostat Hitam Putih saiz A4 – RM0.10 semuka

Perkhidmatan Penghantaran dokumen (atas permintaan) bergantung kepada lokasi

“Sekelip Mata, Dokumen Anda Telah Tersedia”

Hubungi saya di talian 0132795903 (Azmi)

Rabu, 27 Oktober 2021

TAHUN 5 MA34; PdPR 2.0 JAWAPAN Buku teks ms 229, no. 1, 2 dan Buku Kerja Sukses A+ ms 96, lat. A

BUKU TEKS TAHUN 5
ms 229, no 1, no 2
1.


2. a) Alat : Pemangkas, Mesin ringkas : Baji, tuas; b) Alat : Tombol pintu, Mesin ringkas : Roda dan Gandar, Gear; c) Alat : Botol, Mesin ringkas : Skru, Roda dan Gandar 

BUKU KERJA SUKSES A+ TAHUN 5
ms 96, lat. A

1. Mesin ringkas : Tuas dan Skru; Kegunaan : Untuk menggerakkan objek, untuk mencantumkan dua bahagian pensel
2. Mesin ringkas : Tuas dan Roda dan Gandar; Kegunaan : Untuk menggerakkan objek, untuk memastikan kekili joran berfungsi untuk melilit tali pancing
3. Mesin ringkas : Baji dan Tuas; Kegunaan : Untuk memotong objek, untuk menggerakkan objek
4. Mesin ringkas : Gear, Roda dan Gandar; Kegunaan : Untuk menggerakkan jarum jam, untuk menggerakkan gear

Rabu, 6 Oktober 2021

TAHUN 5 MA32; PdPR 2.0 JAWAPAN Buku Kerja Sukses A+ ms 100-103

BUKU KERJA SUKSES A+ TAHUN 5
ms 100-103
ms 100
Kertas 1
1. A,   2. C,   3. A

ms 101
Kertas 2
a) Bilangan kes kematian kemalangan jalan raya semakin bertambah, semakin berkurang dan kemudian semakin bertambah.

b) Kerana pengguna jalan raya tidak mempunyai kesedaran untuk mematuhi undang – undang jalan raya / pengguna jalan raya memandu dengan cara yang berbahaya dan tidak mematuhi undang – undang jala raya.

c) 7 kematian

d) Mmemandu secara berhati – hati dan tidak melebihi kelajuan yang ditetapkan

ms 102
1. B,   2. C,   3. A,   4. A\
 
ms 103
a) Tulang Belakang

b.i) Q

b.ii) Boleh menyebabkan organ – organ yang dilindungi oleh bahagian tersebut cedera apabila berlaku kemalangan

b.iii) Untuk sokongan dan pergerakan tubuh

TAHUN 6 MA32; PdPR 2.0 JAWAPAN Buku Sukses A+ ms 102-107

BUKU SUKSES A+ 
ms 102-107
ms 102
Kertas 1
1. C,   2. C/D,   3. D

ms 103
Kertas 2
1.a) 
Bilangan ular : semakin berkurang, 
Bilangan katak : semakin bertambah, 
Bilangan burung helang : semakin bertambah

1.b) kerana ular dimakan oleh helang, menyebabkan bilangan katak bertambah apabila bilangan ular berkurang.

1.c) Tempoh penyiasatan : dimalarkan, Bilangan burung helang : bergerak balas

2.a) K : Proses peleburan, M : Proses pembekuan

2.b) Kitaran air semula jadi

ms 104
Kertas 1
1. A,   2. A,   3. C

ms 105
Kertas 2
1.a.i) P : Melaporkan kepada guru apabila terdapat radas atau alatan sains pecah atau rosak
1.a.i) Q : Melakukan eksperimen dengan arahan guru

1.a.ii) Untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan

1.b.
Peraturan : Membuang sampah berbara ke dalam tong sampah
Sebab : Boleh menyebabkan kebakaran bilik sains

1.c. Kaki : kasut bertutup,   Mata : Gugal

ms 106
Kertas 1
1. A,   2. B,   3. C,   4. C,   5. C,   6. D

ms 107
Kertas 2
1.a) Kulat menghasilkan antibiotik yang berkesan seperti penisilin / Bakteria menghasilkan antibiotik yang berkesan seperti tetrasiklina.

1.b) Bakteria dan kulat mengurai bahan organik mati menjadi humus. Humus mengandungi mineral yang mudah sedia untuk diserap oleh akar tumbuhan.

1.c) Menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk / Kuarantin diri.

1.d) Tidak. Kerana dikhuatiri air sungai tersebut tercemar dan mengandungi mikroorganisma yang membawa penyakit.

Rabu, 29 September 2021

TAHUN 5 MA31; PdPR 2.0 JAWAPAN Buku teks ms 216, no. 2 dan Buku Kerja Sukses A+ ms 91, lat. A, ms 92, lat. B, ms 93, lat. C, ms 94, lat. Mahir KBAT

BUKU TEKS TAHUN 5
ms 216, no 2
2.
a) Petunjuk arah utara
b) Buruj Pari, buruj belantik, buruj skorpio

BUKU KERJA SUKSES A+ TAHUN 5
ms 91, lat. A, ms 92, lat. B, ms 93, lat. D
ms 91, lat. A
1. X : Buruj Belantik, Y : Buruj Pari, Z : Buruj Skorpio

2.


ms 92, lat. B
1. Buruj Pari

2.


ms 93, lat. C
1) Belantik, -; 2) Buruj Pari, Selatan; 3) musim, menanam, menuai

ms 94, lat. Mahir KBAT
a) Q : Bulan separa; S : Bulan separa

b) 
P : Bahagian Bulan yang menghadap Bumi sepenuhnya tidak disinari oleh cahaya Matahari
R : Bahagian Bulan yang menghadap Bumi sepenuhnya disinari oleh cahaya Matahari dan Bulan memantulkan cahaya Matahari ke Bumi

c) Kerana Bulan beredar mengelilingi Bumi dan dalam masa yang sama beredar mengelilingi Matahari