Isnin, 13 April 2020

PENGAWETAN MAKANAN (TAHUN 6)

CIRI – CIRI MAKANAN ROSAK
1. Roti, pisang, tembikai, epal – Berkulat, bertompok hitam, rasa tidak menyenangkan
2. Nasi - berlendir, lembik (berubah tekstur) bau tidak meyenangkan
3. Ayam, daging, udang, sotong – berbau busuk, warna gelap. melekit
4. Susu – berketul (tekstur berubah), rasa masam
5. Ikan – Insang kelabu/kehijauan, lembut (berubah tekstur), mata kemerahan
6. Makanan dalam tin – kemek, kembung, berbuih, berkarat, keruh
7. Sayuran – layu, warna kekuningan

!!Makanan boleh menunjukkan lebih daripada 1  ciri – ciri makanan rosak

MAKANAN YANG ROSAK BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN MIKROORGANISMA TERHADAP MAKANAN

PROSES PENGAWETAN MAKANAN
♦ Proses yang boleh menghalang dan melambatkan proses hidup mikroorganisma dalam makanan
♦ Tujuan : Makanan boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama

PENDIDIHAN
Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi. Membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran

PENJERUKAN
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan, menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Di bawah ialah video tentang proses penjerukan





PEMBUNGKUSAN VAKUM
Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria & kulat tidak boleh bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Kacang, kerepek, buah-buahan, sosej, cendawan

Di bawah ialah video tentang proses pembungkusan vakum




PENGERINGAN
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan kering, asam gelugor, mihun kering, sotong

Di bawah ialah video tentang proses pengeringan



PENDINGINAN
Kaedah menyimpan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18°C.
Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Sayur-sayuran, buah-buahan, telur & susu
  
PENYEJUKBEKUAN
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (0°C) dan ke bawah. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, sotong, ayam dan daging

PEMASINAN
Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.  Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh tanpa air
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, telur, sayuran, buahan dan daging

Di bawah ialah video tentang proses pemasinan





PELILINAN
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
Dapat mengekalkan kesegaran buah. Tidak kehilangan air.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Buah - buahan

Di bawah ialah video tentang proses pelilinan





PENGETINAN/PEMBOTOLAN
Proses mendidihkan makanan membunuh mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan, dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, buah, dan sayur-sayuran

Di bawah ialah video tentang proses pengetinan/pembotolan






PEMPASTEURAN
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera. Membunuh mikroorganisma.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Susu dan jus buah-buahan

Di bawah ialah video tentang proses pempasteuran





PENYALAIAN
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama. Boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.
Rasa dan nilai nutrisi berubah
Contoh makanan : Ikan dan daging

Di bawah ialah video tentang proses penyalaian





KEPENTINGAN PENGAWETAN MAKANAN
1. Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
2. Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmati (dieksport) di negara lain.
3. Memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.
4. Senang disimpan dan dibungkus dalam bekas bersaiz kecil.
5. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun.
6. Makanan dapat disimpan lebih lama (mengelakkan pembaziran) & boleh memenuhi keperluan bekalan makanan spjg tahun.
Kini kita berhibur dengan lagu Pengawetan Makanan oleh Cikgu Sharifah Aziah




Selamat belajar

Ahad, 15 Disember 2019

26 PERKARA BAHARU DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA BERMULA 2018

1. Stokin hitam dan kasut hitam wajib dipakai bermula tahun 2021.

2. Pakaian murid Prasekolah adalah t-shirt putih berkolat dan 'tracksuit' berwarna biru gelap.

3. Penetapan bilangan murid Prasekolah.

4. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.  

5. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR).

6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017.

7. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

8. KSSM Matapelajaran Elektif Ikhtisas (KSSM MPEI).

9. Naratif Baharu Amalan Pendidikan - Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid.

10. Modul 10Minit Perhimpunan (M10MP).

11.Sarapan percuma bagi Murid Sekolah Rendah mulai 2020 - Program Sarapan Percuma (PSP).

12. PdP tulisan khat dalam matapelajaran Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4 sekolah rendah (SK dan SJK) mulai tahun 2020.

13. Pelaksanaan Pendidikan Sivik bermula Jun 2019.

14. Pemerkasaan PT3 bermula tahun 2020.

15. Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) bagi sekolah menengah.

16. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) tidak lagi digunakan bermula 14 Januari 2019.

17. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dilarang menetapkan bilangan Fail Panitia Mata Pelajaran Sekolah bermula 11 Januari 2019.

18. Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris di Sarawak bermula tahun 2020.

19. Program Pendidikan Inklusif (PPI) Model Holistik mulai tahun 2020.

20. Buku Teks Digital Asas (BTDA) mulai tahun 2020.

21. SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid atas Urusan Rasmi.

22. Templat Pelaporan PBD dikemas kini.

23. Pemerkasaan STEM dan TVET ke arah IR 4.0

24. Mata pelajaran KSSR (semakan 2017) Pendidikan Seni diasingkan semula kepada Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Pendidikan Muzik.

25. Pakej Mata pelajaran Baharu dalam KSSM pada peringkat menengah atas.

26. Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan ke atas boleh dilantik menjadi warden asrama.

Untuk bacaan lanjut boleh klik di sini.

Isnin, 11 Jun 2018

BENGKEL 'BEST' NYA SAINS DAN MATEMATIK anjuran NKW – Ogos 2018

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Matematik, Format, Baharu, UPSR, 2018, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, modul, ujian, latihan, buku, didik, berita, Harian, kontruks, topik, tips, tip, markah, pecutan, cemerlang, kecemerlangan, mudah, skima, skema, skor, A, calon, calon UPSR 2018, 2018, KSSR, Science, Mathematics, tahun 5, tahun 4, 5, 4, lima, empat, bestnya Sains, bestnya Matematik, tahun 6, year 6, 6, six, Ogos, August, 05, 08, 5, lapan, lima, 05 August 2018, 05 Ogos 2018, 05.08.18, Ahad, Sunday, soalan ramalan, soalan, ramalan

KINI KEMBALI !!!



Jangan lepas peluang ini untuk mengetahui tip – tip terkini dan skor Kertas Sains dan Matematik UPSR anda!!!

Sabtu, 12 Mei 2018

BUKU MNEMONIK, NOTA RINGKAS SAINS DAN ISTILAH

BUKU, MNEMONIK, NOTA, RINGKAS, ISTILAH, SAINS, KSSR, TAHUN 3, TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH, RENDAH, MUDAH, INGAT, KONSEP, PRINSIP, TEORI

SAINS SEKOLAH RENDAH TAHUN 3 - 6


VERSI TERKINI APRIL 2019 - Telah dikemaskini dengan pelbagai informasi dan maklumat diperlukan oleh calon - calon UPSR



'SATU PERKONGSIAN ILMU SAINS DEMI KECEMERLANGAN'

BUKU INI PERLU UNTUK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR DENGAN BAIK





Semuanya disusun secara teratur mengikut topik - topik dalam Sains KKSR sekolah rendah. Dan mnemonik dimuatkan dalam 1 hingga 3 muka surat sahaja bagi setiap tahun.

Semua nota adalah berwarna dan mnemonik - mnemoniknya adalah menarik dan mudah diingati. Ini membantu adik - adik menghafal fakta, konsep dan prinsip Sains dengan baik

Baca dan hafal setiap mnemonik bagi setiap tahun. Jika tidak memahami istilah, sila selak bahagian istilah yang boleh membantu adik - adik. Semoga buku ini memberi manfaat kepada adik - adik.


HARGA RM 10.00 SENASKHAH (+RM7.00 pos semenanjung Malaysia dan RM10.00 Sabah dan Sarawak) - HANYA MENGANDUNGI 41 MUKA SURAT SHJ

UNTUK MENDAPAT BUKU KOMPILASI INI SILA HUBUNGI EN. AZMI 013-2795903

Ahad, 20 Ogos 2017

BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik kali keempat

Produk Baru : BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017, Anjuran NKW Bengkel yang keempat

Alhamdulillah, NKW terus diberikan kekuatan untuk terus mengadakan Bengkel Teknik Menjawab mata pelajaran Sains dan Matematik.

Tidak dinafikan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik menjadi mata pelajaran ibarat 'gunting dalam lipatan' atau 'killer paper' yang menjadi penghalang kepada murid untuk mendapat keputusan 'straight A' dalam UPSR.

Atas dorongan motivasi untuk terus membantu anak - anak murid, calon - calon UPSR 2017, maka NKW menganjurkan BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017. Mengapa nama pecutan terakhir... kerana bengkel ini diadakan 3 minggu sebelum UPSR bermula pada 11 September 2017

Bengkel teknik menjawab ini berjaya diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan penceramah yang pertama kali dijemput iaitu Tuan Syed Nizam, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Seperti biasa, promosi diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.



Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah




Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Tuan Syed Nizam

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina, Rodiah dan Catering Matun (terbaik masakannya).

*Dalam satu hari, ada dua program yang berjalan serentak, namun terima kasih Yus, Ani dan Rod kerana membantu dan merealisasikan bengkel ini. Kebaikan kalian hanya Allah yang membalasnya.

***NKW juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana - mana pihak dalam penganjuran bengkel, seminar dan ceramah UPSR. Sila hubungi En. Azmi di talian 013-2795903; wassap/telegram pun boleh.

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik kali ketiga

Penjenamaan Semula : BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik Mac 2017, Anjuran NKW Bengkel yang ketiga

Projek ini dirancang untuk diadakan pada Bulan Disember 2016 iaitu pada 3 Disember 2016. Namun atas sebab - sebab kurang promosi dan banner yang kurang viral, bengkel itu ditangguhkan pada bulan Mac 2017.

Dengan penjenamaan semula nama, maka produk/bengkel awal tahun anjuran NKW ini dikenali sebagai BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik. Berjaya diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan  Cikgu Wan, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.




Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani dan Yussalina.

Khamis, 29 Jun 2017

BUKU LATIHAN SAINS dan MATEMATIK UPSR 2017

BUKU LATIH TUBI BH (Berita Harian) Format baru KSSR 2017


Dijual dalam set - 6 buah buku yang terdiri daripada matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains




Tempahan BERBAYAR Set Buku BH 2017. RM34.90 (Tidak termasuk pos). Tempoh tempahan bermula 30 Jun 2017 - 2 Julai 2017. Sila wassap ke no hp 013-2795903 untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih. Cikgu Azmi.

BUKU CEMERLANG SAINS KSSR, BUKU, CEMERLANG, SAINS, KSSR, KBAT, NOTA, LENGKAP, TAHAP 2, TAHUN 6, TAHUN 5, TAHUN 4, TERKINI, 2017, KOLEKSI, 100 ITEM, ZAZOLNIZAM, CIKGU ZAZOL, KERTAS 1, KERTAS 2, SCIENCE, ULANGKAJI, MODUL, FORMAT, UPSR 2017, UPSR, SEKOLAH RENDAH, SK, SEKOLAH KEBANGSAAN, SUKATAN, DSKP, ITEM, REVISI






Masih ada dalam stok
Tahun 6 - 4 unit
Tahun 4 - 5 unit
100 Item Kertas 1 - 2 unit
100 Item Kertas 2 - 1 unit
Model Soalan Peperiksaan UPSR 2016 (Merah Jambu) - 10 unit
Modul Halus Sains KSSR UPSR 2016 - 4 unit
25 Teknik Mudah Matematik - 2 unit
*Kemas kini pada 18 Julai 2017

BUKU 25 TEKNIK MUDAH MATEMATIK; SET SOALAN FORMAT BAHARU UPSR KERTAS 2 OLEH GURU INOVATIF KEBANGSAAN




*Dengan izin

Sesiapa yang berminat boleh PM saya di talian 013-2795903 (En. Azmi)
Jangan lepaskan peluang... tempahlah sekarang.